Taubat

Taubat

Kumelihat sekujur tubuh
Dimana kesan wudukku?
Ah! Belum basah semuanya
Kuraba dahiku
Aduh! Rupanya sujudku jauh dari sempurna
Kutatap sejadahku
Memang benar tiada membekas  kerana sujudku
Kuamati pakaianku
Belum juga lusuh kerana sujudku
Aku melihat tasbih yang berselerak
Belum sempat untukku pegang
Ya Rabbi
Aku mencari pintu taubatMu
Bimbinglah aku

Bera

26. 6. 2016

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat