Gaji Naik dan Beras Baharu

 Gaji Naik dan Beras Baharu

Tuan buruh yang  setia
Ada satu lagi cerita baharu
Sebentar nanti tunggulah
Ada telefon berdering tapi tidak kenal orangnya
Tiba-tiba ada surat di atas meja tapi tidak kenal pengirimnya
Apa lagi kalau sms, ‘whatsApp’ atau telegram dan media lainnya
Suara penelefon itu sebenarnya mohon sangat-sangat agar kita berhutang
Surat itu minta sangat-sangat agar tambahkan lagi hutang
Sms atau “whatsApp” atau senangnya sebut saja wasap juga mohon buat hutang baharu

Sebenarnya,
Besok hari kami buruh pemerintah terima kenaikan gaji baharu
Hati-hati sahabat
Di kelilingmu itu banyak singa-singa kelaparan
Pelbagai tipu daya ada godanya
Kononnya mahu cepat kaya; ayuh beli saham itu
Kononya mahu tambah pendapatan; ayuh masuk MLM
“Cepat-cepat cari tempat paling atas; jangan terlambat” aduh pandai pula  mendesak
Kononnya mahu pendapatan melompat; ayuh cepat-cepat beli  emas sekilo




Tuan pekerja yang budiman
Singa ini tidak kira sesiapa
Kata orang sahabat selimut sebantal juga terkena
Hati-hati kawan
Bimbangnya asyik melayan wasap nanti dapurmu tidak berasap
Kawan yang dulunya tidur sekatil kini sudah terpencil

Dengar sini wahai adinda;  kekanda mahu cerita
Ambo ni orang lama
Lihat nenek moyang kita zaman dahulu
Lepas mengetam dapat beras baharu
Mereka panggil anak beranak, sain sobat jiran terdekat
Sama-sama menikmati beras baharu bersama ikan puyu pekasam
Buat sedikit majlis tahlil, solat hajat dan doa selamat
Sebagai tanda syukur dan mohon rezeki tambah berkat
Memang benar; anak-anak mereka umumnya jadi orang baik-baik kalau tidakpun bukan orang hebat

Sahabatku pekerja yang mulia,
Kalian kan baru dapat kenaikan gaji
Hulurkan sedikit sebanyak untuk orang tua-tua kita di kampung
Berikan sepinggan nasi atau sepasang pakaian untuk anak-anak yatim
Sumbangkan seringgit dua untuk masjid, musolla atau madrasah
Sedekahkan sedikit rezeki yang dapat untuk fakir miskin
Banyakkan ziarah orang sakit dan hulurkan sedikit sumbangan kurangkan penderitaan
Tidakkah ini lebih mulia
Daripada berangan-anggan untuk jadi kanglomerat nantinya jadi melarat
Dalam benakmu itulah yang harus difikirkan
Daripada berangan-angan untuk kaya hujungnya terkena jerat

Hati-hati kalau berhutang nanti  hidupmu banyak yang tempang
Hati-hati kononnya mahu tambah pendapatan tapi itu semuanya umpan
Semoga hidup keluargamumu dan keluargaku menimbun berkat.

24. 07. 2016
Bera

Selamat menikmati gaji baharu

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat