GURINDAM NASIHAT UNTUK ORANG MALAS

Ah, malam tadi sakit asmaku datang menyerang lagi. 5 kali pergi sedut di klinik baru lega. Kalu ikut nasihat Dr. mahu aku di tahan di katil hospital. Aku cuba mengelek. Tidak mengapa, cuba ubat ini dulu. Mudah-mudahan akan sembuh.
Pagi tadi pergi lagi ke klinik swasta. Aku tidak antri kerana aku dapat nombor satu. Aku bilang saja pada Dr. sepatutnya hari ini saya di tahan di wad. Ternyata oksigen dalam paru-paruku masih belum normal lagi.
Selesai berubat rasanya mahu makan nasi goreng mamak. Keinginanku aku bataskan dulu. Apakan tidak. Masuk dalam restoren suasananya seperti perang di Syria. Asap penuh bangunan dan sakit asmaku menyerang secara tiba-tiba. Cepat-cepat aku melangkah pergi.
Pergi lagi ke restoren mamak yang lain. Ah baru lega. ruangan restoren agak besar dan mungkin rezekiku pagi ini. Restoren ini tidak ada yang menghembuskan asap seperti yang aku lihat tadi. Sengaja aku tidak paparkan bentuk nasi goreng ini di ruang cermin FB. Ustaz kata haram nanti ada yang terliur pulak.yang aku idamkan sejak malam tadi. Apa lagi kalau ditonjolkan teh tarik halia. Enaknya bukan kepalang. Nikmat mana lagi yang engkau ragukan.
"Mamak Ali minta itu air suam. Member punya jangan cas ya. Kita kan pelangan tetap. Sudahlah kami bayar GST lagi". "Ok tak ada masalah; cikgu punya hal tak ada hal" jawab Mamak Ali. Alhamdulilah, air suam sudah ada. Terdapat lima jenis ubat untuk aku habiskan sekali gus. Tak payah tulislah apa jenis ubat tu, lagipun aku bukan nak tulis cerpen. Selesai semuanya aku minta tukang kira datang.
"Mamak Ali minta itu air suam. Member punya jangan cas ya. Kita kan pelangan tetap. Sudahlah kami bayar GST lagi". "Ok tak ada masalah; cikgu punya hal tak ada hal" jawab Mamak Ali. Alhamdulilah, air suam sudah ada. Terdapat lima jenis ubat untuk aku habiskan sekali gus. Tak payah tulislah apa jenis ubat tu, lagipun aku bukan nak tulis cerpen. Selesai semuanya aku minta tukang kira datang.
"Encik punya makan sudah ada orang bayar". "Siapa"? " kataku. "Maaf saya tak kenal. Mungkin kalau encik lihat orang encik kenal" kata tukang kira. Aku melangkah pergi dan meninggalkan sedikit senyuman untuknya. Tidak lupa dalam hatiku mendoakan semoga orang itu dimudahkan rezekinya oleh Allah. Amin.
Sampai di rumah aku tertidur. Mungkin kesan ubat yang aku makan tadi. Dalam tidur aku termimpi sedang mengarang gurindam. Tak mengapa. Asal jangan mimpi hantu syaitan. Itu yang tak bagus. Bangun tidur cepat-cepat aku mengarang gurindam, Bimbang gurindam yang kuilhamkan itu akan hilang. Apa lagi anak-anak zaman sekarang nama gurindam pun tak ada dalam khazanah verbal mereka. Apa tu? Dalam memori atau dalam benak mereka. Maklumlah subjek Kesusasteraan Melayu boleh dibilang dengan jari berapa sekolah saja yang menawarkan di tanah tempat yang aku pijak. Dengar cerita Pengarah Majlis Peperiksaan Malaysia yang baru orang kuat sastera. Mudah-mudahan apa yang hilang di angkat lagi. Teringat pepatah Minang " Membangkit batang terendam" akan terlaksana jua.
La. Sudah jauh rupanya. Inilah rupa bentuk gurindam itu. Betul atau salah tolonglah cikgu gurindam betulkan. Yang penting sedikit usahaku sudah kutebarkan. Inilah gurindamnya;
GURINDAM NASIHAT UNTUK ORANG MALAS
Kalau diri diulit malas,
hasil kosong tiada digalas.
Kalau diri malas dirawat,
Sakit badan bertambah penat.
Kalau diri malas kerja,
itu petanda diri manja.
Kalau kerja asyik malas,
tentu kerja tidak berbekas.
Kalau anak malas belajar,
banyak kecewa bila besar.
Kalau ayah asyik tidur,
ibu juga mesti tegur.
Kalau guru malas mendidik,
bagaimana murid jadi cerdik.
Kalau tentera malas berkawal,
anak negeri menaruh sesal.
Kalau polis lambat bertindak,
penjahat tentu makin galak.
Kalau perawat malas merawat,
pesakit sembuh tentu lewat.
Kalau banduan mudah terlepas,
pihak berkuasa mesti bergegas.
Kalau pegawai asyik lepak,
fail dimeja lambat bergerak.
Kalau penyelamat tidak berawas,
banyak nyawa akan tumpas.
Buang segera sifat malas,
hidup ini mesti cergas.
Orang malas membilang rugi,
rezeki sedikit tidak berbahagi.
BANDAR BERA,
13. 09. 2016

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat