DALAM HATI ADA MERDEKA

DALAM HATI ADA MERDEKA

Tidak mengapa digelar pejuang kecil
Generasimu mengecap buah merdeka

Tidak mengapa digelar guru kecil
Generasimu celik aksara mengasah fikir era globalisasi

Tidak mengapa  digelar ustaz keci
Anak didikmu berakidah sempurna tidak hilang agama

Tidak mengapa digelar perawat kecil
Engkau merawat generasi pembina tanah merdeka sihat sejahtera

Tidak mengapa digelar pemandu teksi
Engkau pimpin  penumpang bagaimana mengisi tanah merdeka

Tidak mengapa engkau digelar nelayan
Engkau bukan pengemis tidak membuat malu untuk negaramu

Tidak mengapa tanah ladangmu begitu kecil
Engkau merdeka kerana tidak meminta hutang

Tidak mengapa restorenmu hanya digelar gerai
Pelangganmu berbaloi berbelanja di geraimu
Tidak mengapa engau digelar buruh kecil
Tangan kaujuga membangun tanah merdeka dan anak merdeka mendiaminya

Tidak mengapa engkau digelar petani kecil
Jiwamu merdeka tiada ditambat sesiapa

Siapapun kita; di hujung manapun kita; di langit manapun kita; di tanah manapun kita
Kita ada memberikan sesuatu untuk tanah merdeka
Isilah tanah ini dengan harga merdeka
Generasi pewaris menikmati hasilnya.

Bera

24. 8. 2016

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat