Bila Dengki sudah di Panah

Beli Dengki sudah di Panah
Bila dengki sudah menjadi darah
Darah saudara mau diratah
Asalkan diri mendapat upah
Yang lain biar menyembah
Kehidupan elok sudah punah
Dengki khianat sudah dipanah
dada saudara sudah terbelah
Ah: peduli apa biar punah bernanah
Asal hidupku dikelilingi gah
Biarpun diriku sudah kenyang muntah
insan di kelopak mataku rebah
dan kerlipan matanya lemah
Biarkan saja; aku ingin menjual megah
Kerana dengkiku tiada dapat disangah
Bera
17 Mei 2016

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat