Berbalas Pantun (3)
1. Memperkasa Wawasan Pelajar Sekolah dibuka datanglah segera, Banyak berfikir carilah santai; Pelajar gemilang harapan negara. Bagaimana rencana mahu dicapai? Menanam padi di pinggir paya, Burung datang samalah usir; Bijak berfikir ke mercu jaya, Pelajar gemilang mengapa di pinggir? Tanak nasi basuhlah beras, Makan nasi bersambalkan lada; Fikiran bernas tenaga tangkas, Mengapa sepi dijana tiada? 2. Sayangi Keluarga Semut berkerumun mencari gula, Bawa ke sarang siap dihantar; Keluarga harmoni harapan semua, Anak terpinggir mengapa dibiar? Ibu di rumah menadah berita, Selamatkah anak di hiris luka; Warga tua keluarga kita, Mengapa sengsara di rumah duka? Gagak hitam terkena pukat, Melepas diri tentulah payah; Umur muda perosak masyarakat, Mengapa keluarga tiada endah. 3. Rukunnegara Burung helang mencari mangsa, Rupanya mangsa di tanah rawa; Rukunnegara falsafah membina bangsa, Masy