Pelayaran

Pelayaran

Kata ibu
Pergilah berlayar ke lautan luas
Rentaslah gelora biarpun besar
Biarpun taufan membadai kauharus gagahi jua
Hujan dan petir di tengah lautan; jangan mengalah
Buatlah persiapan untuk ke destinasi yang kauinginkan
Rupanya pelayaran itu sudah sampai ke pelabuhan terakhir
Apa yang ada di dalam bahtera hampir kehabisan
Bahtera yang berlayar ini
Akan sampai ke destinasinya
Meskipun bahtera ini sudah lama belayar
Namun nakhodanya cekap di samudera
Berani menongkah arus yang mengganas
Pandai mengemudikan bahteranya saat taufan membadai
Pandai mengembangkan layar saat angin kehabisan di samudera
Pengalaman ini
Akan kita rangkumkan
Untuk membina bahtera yang lebih besar
Bukan hanya sekadar untuk berlayar
Tetapi menakluk tanah yang dilayari
Tiada yang mustahil
Andai anak kapal sehayun selangkah
Menjaga bahtera ini seDaerah Pengalaman Kehidupan


Selamat tinggal sahabatku
Hamba tinggalkan kalian di daerah ini
Berilah masa untukku  melepaskan lelah
Hamba sudah lama memerah keringat di tanah ini
Baru terasa kepenatan yang kusedut
Menguruskan karenah anak bunga bangsa

Sahabat,
Pernah setiap  inci  tanah ini adalah jejakku
Pohon-pohon rimbun hidup juga dari nafasku
Langit bersama  awan adalah saksi bahawa aku pernah hidup di ruangnya
Di sini tempat kumenabur budi
Di sini tempat kumencari segenggam rezeki
Di sini tempat menyambung kehidupan
Selamat tinggal semuanya
Selamat tinggal langit yang memayungku
Selamat tinggal tanah tempat kuberpijak
Selamat tinggal bunga-bunga mewangi
Selamat tinggal anak bunga bangsa
Selamat tinggal penyambung warisan pejuang
Selamat tinggal semuanya
Rindu padamu biar kubawa pergi
Air mata yang mengalir ini
Sebuah catatan kecil bahawa
Perpisahan itu amat menakutkan tetapi
Itu adalah secebisan nostalgia nafas kehidupan

Sahabat,
Daerah ini menyimpan memori indah
Daerah ini juga menyimpan memori kesedihan
Air mata ini adalah saksi keindahan dan kepiluan
Pernah bersebati bersamamu
Bersama kalian hidup ini amat bermakna
Kutinggalkan dahulu bersama air mata mengalir
Bila kurindu kusendiri menyebut namamu

Tidak mengapa sahabat,
Ini adalah sekelumit wajah kehidupan
Selagi kita menyedut nafas yang bernadi
Inilah  sebuah pelangi  kehidupan
Inilah warna-warna keindahan ujian
Keindahan bersama kalian baru sekejap rasanya
Bila kurindu
Tentu wajahmu  berada di mataku



Kini  tiba masanya
Untukku menguruskan karenah
Keluargaku sendiri
Setelah sekian lama seakan
Membiarkan mereka keseorangan

Sahabat tercinta,
Teruskan perjuanganmu tanpa beralah
Tekadkan azam menyala
Membangun anak bunga  bangsa

Bukan mudah sahabat
Untuk kita membangun minda anak bangsa
Biarpun payah
Biarpun bertatih semangat itu mesti kaunyalakan

Kesabaran dan keazaman
di sini kompas tempat berpegang
Biar bersebati di tulang putihmu

Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Mari Berbalas Pantun

Pantun Taubat