Kerana Judi

Kerana Judi
Tanah sawah baru di bersih,
hajat di hati menanam padi;
jiwa suci hati bersih,
amalan judi perosak diri.
Orang berjudi sikap haloba,
sikap tamak amalan syaitan;
amalan judi jangan dicuba,
bimbangnya kita pengikut syaitan.
Amalan judi perosak keluarga,
keluarga berpecah bercerai berai;
jangan dimimpi panggilan syurga,
mungkin neraka di bawah lantai.
Merata negeri judi bertebar,
ada gelap ada yang halal;
di depan mata jadilah iktibar,
kuatkan iman itulah bekal.
Tanah sawah bidangnya kecil
sawah bertingkat airnya sungai;
dapat hasil memangnya kecil,
bersyukur juga apa dituai.
Bera masih kedinginan,
25 01 2014


Comments

Popular posts from this blog

Berbalas Pantun (3)

Pantun Hujan Dinanti Sudah Tiba

Mari Berbalas Pantun