1. Memperkasa Wawasan Pelajar Sekolah dibuka datanglah segera, Banyak berfikir carilah santai; Pelajar gemilang harapan negara. Bagaimana rencana mahu dicapai? Menanam padi di pinggir paya, Burung datang samalah usir; Bijak berfikir ke mercu jaya, Pelajar gemilang mengapa di pinggir? Tanak nasi basuhlah beras, Makan nasi bersambalkan lada; Fikiran bernas tenaga tangkas, Mengapa sepi dijana tiada? 2. Sayangi Keluarga Semut berkerumun mencari gula, Bawa ke sarang siap dihantar; Keluarga harmoni harapan semua, Anak terpinggir mengapa dibiar? Ibu di rumah menadah berita, Selamatkah anak di hiris luka; Warga tua keluarga kita, Mengapa sengsara di rumah duka? Gagak hitam terkena pukat, Melepas diri tentulah payah; Umur muda perosak masyarakat, Mengapa keluarga tiada endah. 3. Rukunnegara Burung helang menc...
Awan di langit nampak bersesak, Hujan mendekat sudah terasa; Awan hitam nampak berarak, Angin sejuk dapat dirasa. Kerbau di padang sudah berlenguh, Tanda terlepas dari bahaya; Jauh kedengaran bunyi guruh, Pancaran kilat nampak cahaya. Sudah bersua hujan dinanti Turunnya hujan inilah masa; Hujan mencurah legalah hati, Damailah jiwa sejuk terasa. Mari ke kebun sama meninjau, Pucuk tumbuh bertambah senang; Rumput kering sudah menghijau, Segala makhluk nampaknya riang. Pohon yang mati mari disulam, Berjiwa sabar orang terpandang; Hujan mencurah waktu malam, Hujan dinanti basahlah padang. Galaknya kerbau jangan ditanya, Ada di padang meragut rumput; Jiwa yang keras lembut hendaknya, Bersama hujan sifatnya lembut. Panas hujan usah mengungkit, Hak Allah Dia memberi Udara dingin melekat di kulit, Betapa besar nikmat diberi. Tadah air jangan ditangguh, Tidak terdaya si lembu tua; Air di sunga...
Pantun Mencari Teman Lama Dari jauh datang merpati,, datang singgah tidaklah lama; rindu pada teman sudah terubati, suka duka dikongsi bersama. Nasi dihidang berlaukkan keli, gulai ayam bersama santan; cerita lama diungkit kembali, menambah kemesraan mengukuh ikatan. Dahaga yang datang sudahlah puas, air diminum perut diisi; makanan dihidang tinggalkan bekas, perut kosong sudah terisi. Tinggal di kota tidaklah melarat. rezeki dicari sepenuh hati; teman jauh teman dekat. kemesran dijalin setulus hati. Dari jauh duduklah singgah, tidak malu membuka saji; biarpun wajah sudah berubah, kemesraan terjalin sudah teruji. Tenaga mudah sudah diperah, waktu senja janganlah lara; biarpun tersesat mencari arah, hati terubat wajahnya ceria. Tinggalkan muda menuju tua, pengalaman lalu sama digali; sahabat lama tidak bersua, di depan mata kini kembali Nasi dihidang berlaukkan gelama, pemanis mulut bijinya gajus...
Comments
Post a Comment