Posts

SYAIR KEISTIMEWAAN RASULULLAH DAN UMATNYA

SYAIR KEISTIMEWAAN RASULULLAH DAN UMATNYA Hamba mengarang untuk ingatan (Rangkap 1) Selawat salam untuk junjungan Juga sahabat rakan seperjuangan Usaha mereka kita naungan  iman Syair dikarang perihal keistimewaan (Rangkap 2) Ambil faham jadi keutamaan Rasul pilihan akhir zaman Inilah pokok jadi pilihan Rasulullah itu pemimpin para Nabi (Rangkap 3) Baginda pemimpin paling tinggi Akhlak sifat memang terpuji Hendaklah umat patut syukuri Panji kepujian hari kiamat (Rangkap  4) Di situ letak ketinggian martabat Panji Rasululah sangatlah dekat Nabi Adam di bawah Rasulullah dicatat Dosa Nabi diampunkan Allah (Rangkap 5) Terlepas dosa jangan disanggah Inilah sifat teramat indah Nabi lain tiada faedah Hari akhirat pemberi syafaat (Rangkap 6) Untuk hamba yang taat Baginda pemberi pertolongan hebat Kita umat kumpulkan selawat Masalah umat letak di depan (Rangkap 7) Masalah diri bukan pilihan Bimbang umat di ranti...
KOTAKAN SUNNAH Merendah diri sifatnya zuhud, Buat begitu sering bercermin; Malam hari bangkit bertahajud Di situ mulia seorang mukmin. Datang cepat kita ke perigi, Bangun di perbaringan cuci badan; Sebelum terbit mentari pagi, Baca Al-Quran cari pemahaman. Waktu hujan banyakkan bersujud, Rezeki berlimpah sering bertolongan; Orang beriman makmurkan masjid, Subuh berjemaah dilupa jangan. Dapat upah tidaklah rugi, Mata tertutup di atas batu; Banyak bersedekah waktu pagi, Mulia hidup letak di situ. Pucuk pegaga sama direbus, Sama diikat di hari redup; Wudhu’ dijaga terus menerus, Pintu maksiat mudah tertutup. Nangka lebat marilah petik, Tumbuh di taman hati puas; Istighfar selawat setiap detik, Pintu ketenangan terbuka luas. Bera, 09. 03. 2017.

INDAHNYA BERSATU SUARA

PANTUN; INDAHNYA BERSATU SUARA Usah dipaling pohonan kering, siram bersama air disukat; berfikir matang dalam tenang, pengalaman ditimba kata berpakat. Sama ceria tikar dibentang, tidak sesia padi disukat; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kata sepakat. Sama bercerita di bawah teduh, dengar berita hentikan sibuk; sakit kita sama mengaduh, luka kita sama menyiuk. Tanah digebur menanti masa, jangan dibiar musuh bersarang; sama lebur sama binasa, sama ikrar mematah sombong. Jerami dihimpun selepas menuai, pondok dibangun menghilang letih; seindah serumpun bagai serai, seindah susun bagai sirih. Tali tangsi bersama paku, buat mengukur kayu panjang; bagai isi dengan kuku, seumpama aur dengan tebing. Bawah bayang rihat mencangkul, duduklah makan si ikan kering; berat masalah sama dipikul, mana ringan sama dijinjing. Nampak ceria sedang berhitung, hasil bersih terlepas perit; sama gembira waktu senang, sama bersedih waktu sakit. Bunga mekar bawah selipar, bawalah s...

Thank You Very Much

Thank you very much ikan puyu empat samas itu pantun tahun 70an hakikatnya ikan puyu sudah naik derjat orang tak berduit jangan harap boleh santap meskipun kepakmu ganas waktu menyiangmu namun enaknya rasamu luar biasa bakar tawar makan dengan budu tambah pucuk ketereh dengan lada burung enaknya tak terkira bapa mentua melintas di belakang pasti tak sedar ikan puyu engkau lambang inflasi di tanah airku tidak bisa dibeli empat samas lagi ikan puyu engkau simbol mesraku alam bersahabat suatu ketika daholoe waktu di pinggiran sawah ikan puyu kaulah ikonku memunculkan nostalgia mencari susur galur dari mana aku berasal Bera 10. 11. 2016. catatan; samas; 50 sen

Pelayaran

Pelayaran Kata ibu Pergilah berlayar ke lautan luas Rentaslah gelora biarpun besar Biarpun taufan membadai kauharus gagahi jua Hujan dan petir di tengah lautan; jangan mengalah Buatlah persiapan untuk ke destinasi yang kauinginkan Rupanya pelayaran itu sudah sampai ke pelabuhan terakhir Apa yang ada di dalam bahtera hampir kehabisan Bahtera yang berlayar ini Akan sampai ke destinasinya Meskipun bahtera ini sudah lama belayar Namun nakhodanya cekap di samudera Berani menongkah arus yang mengganas Pandai mengemudikan bahteranya saat taufan membadai Pandai mengembangkan layar saat angin kehabisan di samudera Pengalaman ini Akan kita rangkumkan Untuk membina bahtera yang lebih besar Bukan hanya sekadar untuk berlayar Tetapi menakluk tanah yang dilayari Tiada yang mustahil Andai anak kapal sehayun selangkah Menjaga bahtera ini sebaiknya. Bera 12. 11. 2016

BULAN DAN KEHIDUPAN

BULAN DAN KEHIDUPAN Bulan purnama atas kayangan, cahaya baru munculnya mujur; kisah lama jadikan teladan, hari baru kumpulkan syukur. Bulan mengembang di balik awan tidaklah kekal cahayanya rembang masalah datang adat kehidupan, pautkan tawakal hidupmu tenang. Ribut menjadi merempuh awan bergelimpang mayat bawa ke pusara apa terjadi sudah suratan kuatlkan semangat merempuh gelora Waktu subuh hilanglah malam solat jemaah jangan ditangguh usah bertangguh kotakan azam semangat bersungguh janganlah rapuh Cahaya memancar tidak meraba Bulan tua menyinari taman usaha ikhtiar miliknya hamba Yang Esa jua pembuat keputusan Bulan mengembang nampak di lautan bulan purnama cerahnya kurang usah bersembang tidak keruan tidaklah lama dibuang orang Gelaplah sudah habisnya terang bulan purnama pencilkan diri biarlah merendah asalkan senang senang jiwa itu dicari 15. 11. 2016 Bera,

Indahnya Masjid

Indahnya Masjid Bulan terang di tengah laut bintang sirna nampaklah bayang dua hati sudah terpaut masjid dibina sekukuh gunung Indah di laut nampaklah bulan kapal belayar berseri indah hati terpaut mengapa disimpan di atas pelamin ceria bertambah Bulan sirna di atas awan bukit Uhud banyak berbatu perpaduan dibina lepasi sempadan patuh sujud untuk yang Satu Tidaklah cacat cahaya di awan cahaya istimewa bertambah indah keturunan pangkat tiada batasan paling bertakwa pilihan Allah Alam wujud alangkah indah tidaklah cacat bertambah ceria tempat bersujud rumahnya Allah di situ tempat paling mulia Purun. Bera 17.11.2016.