Posts

INDAHNYA BERSATU SUARA

PANTUN; INDAHNYA BERSATU SUARA Usah dipaling pohonan kering, siram bersama air disukat; berfikir matang dalam tenang, pengalaman ditimba kata berpakat. Sama ceria tikar dibentang, tidak sesia padi disukat; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kata sepakat. Sama bercerita di bawah teduh, dengar berita hentikan sibuk; sakit kita sama mengaduh, luka kita sama menyiuk. Tanah digebur menanti masa, jangan dibiar musuh bersarang; sama lebur sama binasa, sama ikrar mematah sombong. Jerami dihimpun selepas menuai, pondok dibangun menghilang letih; seindah serumpun bagai serai, seindah susun bagai sirih. Tali tangsi bersama paku, buat mengukur kayu panjang; bagai isi dengan kuku, seumpama aur dengan tebing. Bawah bayang rihat mencangkul, duduklah makan si ikan kering; berat masalah sama dipikul, mana ringan sama dijinjing. Nampak ceria sedang berhitung, hasil bersih terlepas perit; sama gembira waktu senang, sama bersedih waktu sakit. Bunga mekar bawah selipar, bawalah s...

Thank You Very Much

Thank you very much ikan puyu empat samas itu pantun tahun 70an hakikatnya ikan puyu sudah naik derjat orang tak berduit jangan harap boleh santap meskipun kepakmu ganas waktu menyiangmu namun enaknya rasamu luar biasa bakar tawar makan dengan budu tambah pucuk ketereh dengan lada burung enaknya tak terkira bapa mentua melintas di belakang pasti tak sedar ikan puyu engkau lambang inflasi di tanah airku tidak bisa dibeli empat samas lagi ikan puyu engkau simbol mesraku alam bersahabat suatu ketika daholoe waktu di pinggiran sawah ikan puyu kaulah ikonku memunculkan nostalgia mencari susur galur dari mana aku berasal Bera 10. 11. 2016. catatan; samas; 50 sen

Pelayaran

Pelayaran Kata ibu Pergilah berlayar ke lautan luas Rentaslah gelora biarpun besar Biarpun taufan membadai kauharus gagahi jua Hujan dan petir di tengah lautan; jangan mengalah Buatlah persiapan untuk ke destinasi yang kauinginkan Rupanya pelayaran itu sudah sampai ke pelabuhan terakhir Apa yang ada di dalam bahtera hampir kehabisan Bahtera yang berlayar ini Akan sampai ke destinasinya Meskipun bahtera ini sudah lama belayar Namun nakhodanya cekap di samudera Berani menongkah arus yang mengganas Pandai mengemudikan bahteranya saat taufan membadai Pandai mengembangkan layar saat angin kehabisan di samudera Pengalaman ini Akan kita rangkumkan Untuk membina bahtera yang lebih besar Bukan hanya sekadar untuk berlayar Tetapi menakluk tanah yang dilayari Tiada yang mustahil Andai anak kapal sehayun selangkah Menjaga bahtera ini sebaiknya. Bera 12. 11. 2016

BULAN DAN KEHIDUPAN

BULAN DAN KEHIDUPAN Bulan purnama atas kayangan, cahaya baru munculnya mujur; kisah lama jadikan teladan, hari baru kumpulkan syukur. Bulan mengembang di balik awan tidaklah kekal cahayanya rembang masalah datang adat kehidupan, pautkan tawakal hidupmu tenang. Ribut menjadi merempuh awan bergelimpang mayat bawa ke pusara apa terjadi sudah suratan kuatlkan semangat merempuh gelora Waktu subuh hilanglah malam solat jemaah jangan ditangguh usah bertangguh kotakan azam semangat bersungguh janganlah rapuh Cahaya memancar tidak meraba Bulan tua menyinari taman usaha ikhtiar miliknya hamba Yang Esa jua pembuat keputusan Bulan mengembang nampak di lautan bulan purnama cerahnya kurang usah bersembang tidak keruan tidaklah lama dibuang orang Gelaplah sudah habisnya terang bulan purnama pencilkan diri biarlah merendah asalkan senang senang jiwa itu dicari 15. 11. 2016 Bera,

Indahnya Masjid

Indahnya Masjid Bulan terang di tengah laut bintang sirna nampaklah bayang dua hati sudah terpaut masjid dibina sekukuh gunung Indah di laut nampaklah bulan kapal belayar berseri indah hati terpaut mengapa disimpan di atas pelamin ceria bertambah Bulan sirna di atas awan bukit Uhud banyak berbatu perpaduan dibina lepasi sempadan patuh sujud untuk yang Satu Tidaklah cacat cahaya di awan cahaya istimewa bertambah indah keturunan pangkat tiada batasan paling bertakwa pilihan Allah Alam wujud alangkah indah tidaklah cacat bertambah ceria tempat bersujud rumahnya Allah di situ tempat paling mulia Purun. Bera 17.11.2016.

Menuju Medan Perjuangan

Menuju Medan Perjuangan Wahai ummah Sedarlah sekarang Kita sedang diuji Mari kita bersatu hati Bulatkan tekad Kita ke medan juang Wahai ummah Andai sedetik kita diulik lalai Generasi baru menanggis hiba Dengan kelalaian kita Wahai ummah Sedarlah sekarang Musuh sedang mengintai Merebut peluang Menghancurkan ummah Yang dirasuk kelalaian Wahai ummah Tinggalkan mereka yang masih berselimut Biarkan mereka yang masih bertopeng Kekafiran, kemunafikan, kefasikan Kemaksiatan dan bid’ah Wahai ummah Tinggalkan mereka Mana yang berbungkus Syirik dan cinta dunia Tinggalkan mereka Bertuhankan nafsu Mari kita bersatu hati Tingkatkan Qalbun Salim di dalam dada Bertuhankan Allah Ikhlas jujur dalam perjuangan Tawakal dalam setiap kerlipan mata Cinta Allah cinta utama Takwa itu roh hidupnya iman Bersyukur bersabar santapan makanan iman Taubat selalu Bersatu kita Mencari, membina Mukmin sejati Tinggalkan kepompong kejahilan Tinggalkan kepompong kekufuran Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil Ni’mal ...

Nasib Nelayan Kecil

Nasib Nelayan Kecil Umpan diusik tidak berbaki, tidak kecewa tinggalnya tukil; panas terik menanti rezeki, lapang jiwa menuggu hasil. Pergi ke bukit mencari kelapa, itulah barang umpannya bekal; Tangkapan sedikit tidak mengapa, jiwa tenang mengenal tawakal. Pulang ke darat membilang mujur, tepi tembok umpan ditambah; rezeki dapat kuucapkan syukur, hari esok tetap kugagah. Mengail bersungguh hasil dipais, lauknya habis belum juga tiba; Pukat lusuh perahuku tiris, jiwa menanggis berlagu hiba, Danau Maninjau sungguhnya luas, angin datang pukat hanyut; hasil ditinjau tidak berbekas, tidaklah malang perut dijerut. Bera 19. 11. 2016.