Posts

Pantun Terapi Musibah

Pantun Terapi Musibah Bawakan saya si limau purut, Buat haruman badan segar Hidup ini pasang dan surut, Umpama roda sedang berputar. Pantun melayu indah diucap, Kalau ada kias pembayang; Hidup ini tiada kan lengkap, Ujian datang bertambah matang. Indah sungguh pujangga mengarang, Lengkap dengan madah tersirat; Hidup ini susah dan senang, Reda selalu tidaklah melarat. Hujan panas pasti beriringan, Sakit senang hakikat hidup; Sedarlah diri diuji iman, Lemahnya makhluk mestilah sanggup. Cukup dulu hamba berpantun, Esok pula membuka panggung; Hidup ini membina santun, Baru hidup tidaklah canggung. Bera 24 04 2016

Turunkan sang Ibu dari Sangkar

Turunkan sang Ibu dari Sangkar Buah mempelam di tepian batas, Cabut ubi mari dibakar; Sibuk mengeram tiada menetas? Turunkan ibu dari sangkar. Sarapan pagi nasi kerabu, Nasi sedikit adik menanggis, Mengapa dimamah hampas tebu? Kalau benar hilang manis. Waktu dahaga enak diteguk, Habis air tiada berbaki, Mengapa disimpan kain buruk, Letak di lantai pengelap kaki. Bera 26 4 2016

Gurindam Murid Belajar

Gurindam Murid Belajar Malam siang depan buku Masa depan wang di saku Malam siang asyik belajar Itu tanda ingin pintar Malam siang sibuk menghafal Itu tanda orang yang cekal Malam siang sibuk menulis Bila dewasa tidak menanggis Malam siang sibuk diskusi Lambat laun ilmu dikuasai Malam siang depan guru Ilmu dapat tidak celaru Malam siang terus berfikir Bila dewasa tidak fakir Malam siang mencari ilmu Ilmu dicari hilanglah jemu Malam siang sibuk di pustaka Itu tanda orang yang tiada leka Siang malam diri di sekolah Jaya ditunggu sedang ditempah Rajinlah adik kita ke sekolah Ilmu dapat sentiasa ditempah Inginkan dunia dengan ilmu Belajarlah adik jangan jemu Inginkan akhirat kuasai ilmu Jaya dicari pasti bertemu Dunia akhirat sama dikandung Cari ilmu biar bersambung Inilah dia gurindam dikarang Berfikirlah tuan bertambah matang Bera, 09 mei 2016

Bila Dengki sudah di Panah

Beli Dengki sudah di Panah Bila dengki sudah menjadi darah Darah saudara mau diratah Asalkan diri mendapat upah Yang lain biar menyembah Kehidupan elok sudah punah Dengki khianat sudah dipanah dada saudara sudah terbelah Ah: peduli apa biar punah bernanah Asal hidupku dikelilingi gah Biarpun diriku sudah kenyang muntah insan di kelopak mataku rebah dan kerlipan matanya lemah Biarkan saja; aku ingin menjual megah Kerana dengkiku tiada dapat disangah Bera 17 Mei 2016

Hari Guru Disambut

Hari Guru Disambut Bagaimana mengenal guru mulia? Kebajikan murid semua diselia Harapan guru muridnya pintar Ramai gagal di kejar gusar   Wang di saku membantu pelajar Ikhlaskan saja asalkan pintar Niat murni jadikan orang Hati baik  dibibir garang Kata orang kerja guru  senang Cara fikir sedikit tempang Perangai murid ada yang sumbang Jiwa guru tiada kan senang Hari guru disambut seluruh negara Semua guru menunggu acara Semua guru nampak gembira Ada jamuan lebih  berselera Ada guru menunggu hadiah Rupanya menanti cabutan bertuah Inilah masa bertukar hadiah Menunggu di luar sememangnya payah Ada guru sudah bersara Mengapa jasa tidak diambil kira Ada guru bergelar arwah Sudahkah dikenang walaupun mudah? Salah sedikit bawa ke mahkamah Akhirnya guru berdiri rebah Sesama guru pautkan ukhwah Sama membantu dikala  susah Hajat guru baiki yang tempang Bapa datang bawa parang K...

Syair Mengenal Allah

SYAIR MENGENAL ALLAH Bacalah syair hamba mengarang Berfikiran lapang juga tenang Ilmu Allah bukannya senang Keinginan ada terbukalah ruang Permulaan di dunia kenallah tuhan Salah tujuan carilah teman Jangan hidup tidak keruan Kita manusia makhluk tuhan Dua puluh sifat mengenal Allah Hafallah tuan jangan mengalah Kenallah tuan nama Allah Tahulah kita siapa disembah Wajib mustahil berserta harus Faham sedalam  petanda yang bagus Apa dihafal janganlah terkambus Banyak mengulang tiadakan hangus Adanya Allah tercipta alam Wajib percaya jangan tenggelam Dialah Tuhan segenap alam Alam ghaib juga disebut alam Tidak berjisim tidak berjirim Banyakklah bertanya pada yang alim Diri sendiri tidaklah zalim Tahu membeza  zat  dan jisim Gunakan akal segala deria Tiada suatu melemahkan Dia Wujud Allah sudah sedia Tahu membeza makhluk dan Dia Allah itu tiada berhajat Sedikitpun tiada mengenal  penat S...

Membeli Gua Sepi

Membeli Gua Sepi Di kaca kertas Kulakarkan warna kehidupan Dalam panas dan hujan Selaut pengalaman hidup sudah kuhimpunkan Suatu waktu Waktu melepas susu dalam pelukan ibu Aku merenggek lantas berkata “ Kapan ya; aku ke tadika” Kini tubuhku di tadika membilang aksara Waktu itu aku menghitung Wah! Sebentar lagi diriku  sekolah rendah Waktu berlalu berganti malam Riang tawa bersama rakanku kutinggalkan jejak Mentari terus bersinar menggantikan hari Sibuk dengan urusan persekolahan Dalam sedar masa mendewasakan aku Alhamdulilah; kakiku memijak ke perguruan tinggi Malam berlalu mengantikan hari Zaman mahasiswa kutinggalkan noktah Diriku di alam kerjaya Mengunyah sedikit nasi kehidupan Membina keluarga Dalam ria bersama duka Bersama nafas anak-anak sedang membesar Dalam pelukan hilai tawa mereka Semakin hari mematangkan erti kehidupan Letih mencari segumpal nasi Untuk kusuap dalam perut kehidupan Alhamdulilah; masih bisa ...