Posts

Nasib Hujung Bulan

Poket berat terasa ringan, sedap di mulut mestilah tahan. Pergi ke kantin mencari buku, rupanya kosong dalam saku. Makan di luar terasa berat, hujung bulan itulah adat. Setiap hari melihat kalendar, cepatlah hari semoga beredar. Perut berbunyi duit kering. inilah penyebab rasanya pening. Banyak berhutang untuk membeli, lambat bayar kena perli. Membawa kereta terasa berat, ambil motor untuk ke pejabat. Hematlah belanja wahai sahabat. zaman sekarang belanjanya berat. Bera, 25 02 2015

Perjalanan Meningkatkan Takwa

Ambillah wuduk seringlah sujud, Amalan elok buatlah begitu; Menjelang subuh bersolat tahajud, Mulianya hidup letak di situ. Kerbau di kandang sudah melenguh, Bangkit kerbau dari rebah; Langkah pertama solat Subuh, Lelaki hebat solat berjemaah. Burung di hutan mencari umpan, Terbang bebas tidak tersasar; Selepas Subuh bacalah Al-Quran, Buat panduan carilah iktibar. Datang hujan hilanglah merkah, Benih elok sedang menanti; Setiap hari sampaikan sedekah, Ganjaran besar sedia menanti. Banyak berusaha boleh berangan, Hilangkan terus sifat dengki; Solat Dhuha dilupa jangan, Di situ tempat terbitnya rezeki. Air menitik di atas batu, Batu merekah tidaklah kuat; Jagalah wuduk setiap waktu, Terasa diri di dalam solat. Rajin berusaha hilangkan leka, Bertambah rezeki habuannya besar; Istighfar diucap setiap ketika, Dosa kecil mudahnya keluar. Bawalah kompas tidaklah sesat, Jangan lupa bawalah belati; Sentiasa berazam ting...

Musim Menyengat Datang Bertamu

Ikan mati banyak dituba, Mencari ikan jari disengat; Hujan rahmat belumlah tiba, Sudah terasa panas menyengat. Bunga harum keringlah kuntum, Itu tanda sudahlah mati; Air putih banyaklah minum, Mana yang kurang air berganti. Ikan kehausan di dalam kali, Air sedikit jangan dituba; Minuman kafein jauh sekali, Hidrasi cepat bahang tiba. Cuaca panas kerbau melengguh, Air di kolam nampaklah itik; Makanlah buah penyegar tubuh, Jadikan jus tentulah baik. Panas menyengat seakan bara, Keluar rumah tiadalah mahu; Panas melampau carilah cara, Penghawa dingin turunkan suhu. Cuaca panas banyaklah bahaya, Badan kering membawa lumpuh; Warna cerah pemantul cahaya, Kain kapas penyerap peluh. Waktu kering layulah dedalu, Pohon rendang tinggallah dahan; Anak kecil awas selalu, Dalam kereta ditinggal jangan. Panas melampau tiadalah aman, Tempat berteduh carilah cepat; Payung besar bawalah berjalan, Dapat ditahan panas menyengat Di tengah panas ibu mengandung, Pan...

Perjalanan Seorang Hamba

Perjalanan Seorang Hamba Bersyukur Hamba dijadikan, Bersyukur Hamba dijadikan dan dihidupkan, Bersyukur Hamba dijadikan dan dihidupkan sebagai manusia, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani, Bersyukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani dan Islam sebagai agama anutan hamba. Beryukur Hamba dijadikan, dihidupkan sebagai manusia yang sempurna rohani dan jasmani. Islam sebagai agama anutan hamba dan mudah-mudahan hamba termasuk dalam golongan  orang Islam yang mukmin dan soleh. Maha Suci Allah. Tidak ada Tuhan Melainkan Allah; Hamba habiskan umur hamba  dengan La ila Hailallah. Dialah yang mematikan hambaNya. La Hau Lawala Quwata Illa Billahil Aliyuyul Azim Tidak ada Tuhan Melainkan Allah;  Hamba berkata mati hamba dengan  La ila Hailallah. Tidak ada Tuhan Melainkan Allah;...

Mengaminkan Doa

Bangunlah tuan di pagi hari solat tahajud mohon keampunan menangis teresak sesal sendiri dosa terpalit usah disimpan Di situ tempat waktu tulus waktu ini tiada menganggu sama munajat masa yang bagus hati tenang tidak celaru Mengadap kiblat membilang dosa bersyukur nikmat melimpah ruah masa bertaubat suntuknya masa entah bila nyawa kan tumpah Rendahkan suara antara berbisik telinga mendengar itulah sempadan akhlak terpuji hiasan cantik baru terasa fikiran aman Rendahkan diri di depan Allah niat tulus yakin dikabulkan sentiasa berharap janganlah lelah rahmat Allah cinta harapan Terus meminta teruslah ulang ucapkan syukur banyakan selawat campakkan tuan mana dilarang kerja kebajikan janganlah berat Kasih sesama bangunkan damai hati bersih rezeki halal ingatkan Allah janganlah lalai nyawa di tarik tidaklah sesal. Bera 01 02 2014

Perginya Seorang Pejuang

Burung laut terbang petang, Mencari sarang tiada yang lain; Lahirnya manusia tanpa benang Pergi insan membawa sehelai kain Damailah guru di dunia sana, Kami juga akan ke sana, Amal takwa di bawa bersama Perjuangan suci dibawa mati Insan mulia terasa kehilangan Ilmu bergudang juga ke pusara Al Fatihah untukmu tuan  guru Perjuanganmu belum berakhir Dunia Islam menanggis kehilanganmu Pergimu sukar ditukar ganti Engkau hebat dimata kawan dan lawan Suaramu menggunung selautan hikmah. Ya Rabbi, tempatkanlah insan ini ditempat terpuji Kerana dialah pewaris nabi Patah tumbuh hilang berganti Yang berganti tak akan sama yang sudah pergi Jejak bijak sama mengatur strategi Landasan lurus ada di depan lalu, kitalah penerusnya walau hanya setitik dakwat di laut membiru. Bera, 13 02 2015

Daerah Pengalaman Kehidupan Teristimewa untuk: Pn. Suriati

Selamat tinggal sahabatku Hamba tinggalkan kalian di daerah ini Berilah masa untukku  melepaskan lelah Hamba  benar sudah kepenatan Menguruskan karenah anak bunga bangsa Sahabat, Pernah setiap  inci  tanah ini adalah jejakku Pohon-pohon rimbun hidup juga dari nafasku Di sini tempat kumanabur budi Di sini tempat ke mencari segenggam rezeki Sahabat, Daerah ini menyimpan memori indah Daerah ini juga menyimpan memori air mata Tidak mengapa sahabat, Ini adalah sekelumit wajah kehidupan Selagi kita menyedut nafas kehidupan Inilah warna-warna kehidupan Inilah warna-warna keindahan ujian Kini sudah tiba masanya Untukku menguruskan karenah Keluargaku sendiri Setelah sekian lama seakan Membiarkan mereka keseorangan Sahabat tercinta, Teruskan perjuanganmu tanpa beralah Tekadkan azam menyala Membangun anak bunga  bangsa Bukan mudah sahabat Untuk kita membangun minda anak bangsa Biarpun payah Kesab...