Posts

PANTUN NASIHAT AGAMA

PANTUN NASIHAT AGAMA Indah sungguh taman rusa, tempat berteduh menghilangkan panas, hidup kita sudah merdeka, Hidup berbakti sentiasa digalas. Indah permai suasana redup, duduk di bawah pohon ketapang, Qur'an itu panduan hidup, siapa tersasar alangkah malang. Suasana indah nampak ceria, udara bersih di hujung taman; hubungan mesra amalan mulia, itulah ajaran suruhan Tuhan. Bulan bintang di balik awan, Panaorama indah pohonan celagi, ketenangan malam menjadi pilihan, banyakkan amal di awal pagi. Berseri fajar malam beredar, ibarat cahaya cerahnya redup; mencari ilmu takkan pudar, menjadi azimat penyuluh hidup. Pantun yg baik pembayang dan maksud ada kaitan. Hanya pengarang professional yang mampu berbuat demikian. Untuk taraf kita cukuplah rima akhir ab/ab; pembayang berkaitan alam dan tingkah laku manusia, bilangan suku kata 8 – 12 dan 4 – 5 patah perkataan setiap baris. Kalau ikut syarat ni rasanya dah boleh kata pantun. Pantun yg baik; ada mak...

PANTUN JEREBU

Pantun asap/jerebu memenuhi angkasa Mari tuan memasang pelita; Pasang pelita di tepi kotak, Datang hinggap sekor rerama; Asap berkepul memanah mata, Nafas tercunggap batuk terbahak, Nafsu rakus ditanggung bersama.  Kesan menonton bola Makan kerepuk berkeping-keping, Masuk angin terkentut dalam seluar; Mengantuk semalaman macam tenggiling, Siapa bertaruh mata berpinar

PANTUN SOLAT JUMAAT

pantun ingatan untuk hari Jumaat; Hari ini menganyam ketupat, Ketupat dianyam daun kelapa; Banyakkan amal hari Jumaat, Solat Jumaat jangan dilupa

PANTUN FITNAH

PANTUN FITNAH Ambil pinang kacip kelkati, Kelakati lama bawah saji, Bawalah tuan datang kemari, Buat memotong si buah sukun; Jagalah lidah jagalah hati, Umpat itu amalan keji, Fitnah songsang aibkan diri, Dosa dibuat mohon diampun.

TIBANYA BULAN RAMADAN

TIBANYA BULAN RAMADAN Baik-baik mengambil timba, Ambil timba atas rumah, Bawa timba bersama tongkat; Bulan sya'ban sudahlah tiba, Ramadan datang untuk beribadah, Sedialah sekarang moga amal diangkat.

FILEM TAHYUL

Baik-baik bermain gayun, Gayun lama atas tunggul, Gayun lama banyak guna, Sayangnya pecah sudah dikapak; Puas sudah ku berpantun, Buanglah terus filem tahyul, Perosak minda anak merana, Mengapa membisu wahai bapak?

PANTUN HARI LEBARAN

PANTUN HARI LEBARAN Ramainya anak bersuka ria, Menanti lebaran pasti menjelang; Kunjung mengunjung amalan mulia, Perkasa ummah agama disanjung. Bermain mercun di tepi rumah, Usah jadikan sebagai amalan; Kurang pembaziran amalan ummah, Sahabat jauh mari dekatkan. Hari lebaran semua ceria, Si miskin juga  turut menumpang; Bersuka ria amalan mulia, Jaga adab jangan terpesong. Mari minum jamah ketupat, Suka si anak menyambut taulan; Pulang kampung saudara dirapat, Keluarga di kampung dilupa jangan. Pagi raya mencari timba; Bersih diri cuci badan; Jalan raya bukannya liatar lumba, Keluarga menanti dalam tangisan. Berbaju kurung makan laksa, Duduk sopan bersama teman; Rezeki yang ada berbagi rasa, Baru muhibbah sesama insan. Wang lebaran mesti disimpan, Dapat habuan jangan berlagak; Bulan Ramadan memagar iman, Datang Shawal jangan dirombak. Jagung manis enak dipanggang, Itulah resepi zaman berzaman; Ibu...